SOALAN LAZIM

KESELURUHAN

Voice Out! ialah panel kajian pasaran yang menjalankan kaji selidik secara dalam dan luar talian. Ianya dikelola oleh Stratos Consulting Group Sdn. Bhd., sebuah penyelidikan pasaran dan firma perunding strategik yang berpangkalan di Malaysia. Ahli yang mendaftar di panel ini boleh menyertai kaji selidik dan menjana pendapatan dalam bentuk tunai, baucer, kad hadiah atau boleh menderma untuk tujuan kebajikan.

Setelah anda menjadi ahli Voice Out!, anda akan menerima jemputan untuk menyertai kaji selidik sama ada secara dalam talian atau luar talian. Kami akan menghantar jemputan kaji selidik melalui email, WhatsApp atau membuat panggilan kepada anda dan sebagainya bergantung pada mod perhubungan yang telah anda pilih ketika proses pendaftaran Voice Out!

Bagi kaji selidik secara dalam talian, jemputan akan muncul di ruang papan pemuka ahli anda. Anda hanya perlu klik pada link kaji selidik yang terdapat dalam email tersebut atau butang ‘Mula Kaji Selidik’ di papan pemuka anda dimana anda akan dibawa ke borang kaji selidik untuk anda lengkapkan. Kaji selidik ini dibayar secara purata antara MYR 0.20-10 (USD 0.05-5). Walau bagaimanapun, kadangkala kami akan hantar kaji selidik pendek tidak berbayar kepada anda untuk kami mengenali anda dengan lebih baik dan sentiasa mengemaskini profil anda supaya kaji selidik yang dihantar adalah relevan dan bersesuaian dengan minat anda.

Untuk kaji selidik luar talian seperti temuramah dan perbincangan kumpulan tertumpu, bayaran akan dibuat dimana temuramah/perbincangan diadakan.

Untuk bayaran tunai atas talian, butiran akaun bank anda seperti nombor akaun bank dan nama pemegang akaun adalah diperlukan.

Untuk kedua-dua kaji selidik dalam talian dan luar talian, anda dibenarkan menyumbang ganjaran anda kepada amal.

Pendaftaran ada percuma! Anda tidak akan diminta untuk membuat pembayaran. Seperti yang dijanjikan, anda akan menerima wang tunai, baucer atau kad hadiah denagan melengkapkan kaji selidik, menyertai kaji selidik yang ditaja dan sebagainya.

Untuk mendaftar, anda hanya perlu klik pada butang “Sertai Sekarang” atau “Daftar” di laman utama Voice Out!  Isikan alamat e-mel dan nombor telefon bimbit anda untuk kami hantarkan borang pendaftaran penuh.

Anda akan diminta untuk memberi butiran asas dan maklumat peribadi anda untuk membolehkan anda menyertai kaji selidik.

Bagi melengkapkan proses pendaftaran, satu e-mel pengesahan akan dihantar ke alamat e-mel anda dan anda perlu klik pada pautan tersebut bagi mengesahkan pandaftaran anda di Voice Out!

Selepas pengesahan, kami akan menghantar e-mel yang ada nama pengguna dan kata laluan yang dijana secara automatik kepada anda untuk log masuk ke papan pemuka ahli peribadi anda

Maklumat peribadi anda seperti nama, alamat, jantina, tarikh lahir, status pekerjaan dan sebagainya adalah diperlukan bagi memadankan projek kajian pasaran yang sesuai dengan anda. Informasi tersebut juga diperlukan bagi proses pembayaran insentif supaya ganjaran tersebut diterima oleh penerima yang tepat. Butiran peribadi lain yang diminta adalah bertujuan untuk membangunkan pengkalan data panelis dari seluruh dunia untuk bagi tujuan kajian pasaran. Segala maklum balas anda untuk setiap kaji selidik akan diserahkan kepada pelanggan kami  dalam bentuk anonymous.

Sila rujuk Polisi Privasi kami untuk lebih lanjut.

Kaji selidik anda tidak akan digunakan bagi tujuan menjual atau mempromosi sesuatu produk. Anda juga tidak akan menerima apa-apa iklan mengenai suatu produk setelah menyertai komuniti Voice Out! melainkan dengan keizinan anda.

Toggle Content

AKAUN

Log masuk, kemudian dari bahagian atas halaman pilih “Akaun” dan “Tetapan Akaun”.  Masukkan alamat e-mel dan / atau kata laluan baru anda dan klik Hantar.

Log masuk, kemudian dari bahagian atas halaman pilih “Akaun” dan “Butiran Peribadi”.

Anda boleh membuat perubahan. Sistem akan disimpan secara automatik sebaik sahaja anda membuat apa-apa perubahan dalam butiran anda.

Log masuk, kemudian dari bahagian atas halaman pilih “Akaun” dan “Tetapan Akaun”.

Di bahagian bawah di sebelah kiri halaman, anda akan melihat butang “TINGGALKAN PANEL DAN PADAM AKAUN”. Taip “DELETE MY ACCOUNT” dan tinggalkan komen secara pilihan untuk membantu kami memperbaiki masa depan.

Anda juga ada pilihan untuk berhenti melanggan dalam e-mel. Dengan klik butang “menghentikan langganan”, anda akan menamatkan akaun anda dengan Voice Out!

Ambil perhatian bahawa penamatan terakhir mungkin mengambil masa sehingga dua minggu, pada masa itu anda masih akan menerima e-mel dari Voice Out! Selain itu, jika anda membatalkan akaun anda, kredit simpanan anda akan dibatalkan serta-merta dan anda tidak lagi dapat menebusnya lagi.

KAJI SELIDIK

Email adalah saluran komunikasi utama melainkan kaji selidik tersebut memerlukan saluran komunikasi yang berbeza.

Bagi kaji selidik dalam talian, kami akan menghantar jemputan ke alamat email yang diberikan ketika proses pendaftaran. Adalah digalakkan bagi anda menambah  support@voiceout-hub.com ke dalam buku alamat email anda bagi memastikan email kami tidak masuk ke dalam mail sampah.

Bagi kaji selidik luar talian seperti temuramah dan perbincangan kumpulan tertumpu, anda akan dihubungi melalui kaedah komunikasi yang anda pilih ketika proses pendaftaran.

Berikut merupakan tempoh masa bagi setiap kaji selidik yang berbeza:

  • Bagi kaji selidik dalam talian, anggaran masa antara 10-15 minit.
  • Bagi perbincangan kumpulan tertumpu, anggaran masa antara 90 minit hingga 2 jam.
  • Bagi temuramah, anggaran masa antara 20 minit hingga 1 jam.

Masa diperlukan kaji selidik bergantung pada jenis kaji selidik. Adakalanya anda akan menerima kaji selidik yang pendek atau panjang bergantung pada keperluan kami. Anda akan sentiasa dimaklum mengenai tempoh masa untuk setiap kaji selidik dalam email jemputan.

Anda hanya boleh menyertai kaji selidik yang sama sekali sahaja. Tetapi, anda boleh menyertai kaji selidik yang lain seberapa banyak yang anda mahu.

Kaji selidik hanya aktif untuk 2-14 hari untuk mengumpul maklum balas berdasarkan kuota yang telah ditetapkan. Apabila kuota telah penuh, kaji selidik tersebut akan ditutup secara automatic.

Kuota penuh bermaksud kaji selidik tersebut telah mancapai sasaran yang dikehendaki. Anda disarankan agar mengisi kaji selidik tersebut secepat mungkin ketika anda menerima email jemputan bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku. 

Sesetengah kaji selidik mempunyai kriteria demografi yang lebih khusus. Oleh itu, anda perlu menjawab beberapa soalan kelayakan bagi memastikan anda menepati kriteria kaji selidik tersebut. Sila maklum bahawa penyertaan anda amat kami hargai dan sekiranya anda tidak layak, maklum balas anda tidak akan digunakan dalam dapatan kajian.

Bagi meningkatkan peluang kelayakan anda untuk kaji selidik akan datang, adalah dinasihatkan supaya anda melengkapkan semua kaji selidik mengenai profil peribadi.

Sekiranya anda tidak boleh mengakses kaji selidik setelah klik pada pautan tersebut, sila cuba untuk ‘copy’ link tersebut dan ‘paste’ ke URL pelayar internet anda. Sekiranya anda masih mengalami masalah yang sama, sila hantar email dengan penerangan yang ringkas mengenai masalah yang anda hadapi ke support@voiceout-hub.com

GANJARAN

Bergantung pada negara mana yang anda tinggal dan jenis kaji selidik yang anda ambil. Biasanya, ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya 1 hingga 2 minggu untuk memproses ganjaran.

Baucer akan dihantar ke alamat tempat tinggal yang dinyatakan dalam akaun anda. (sila pastikan ianya sentiasa dikemaskini). Sekiranya terdapat perubahan alamat, anda harus kemaskini alamat dalam profil anda dan maklumkan pada kami sekiranya anda masih belum menerima baucer.

Baucer elektronik (e-baucer) akan dihantar ke alamat email / nombor telefon anda yang terdapat dalam akaun anda.

Pemindahan bank / paypal akan dikredit terus ke akaun bank / paypal anda. Anda perlu memberi maklumat akaun bank pada akhir kaji selidik.

Anda akan diberi maklumat mengenai ganjaran sebelum memulakan kaji selidik tertentu. Pilih kaji selidik dengan ganjaran dan topik yang paling sesuai untuk anda sebelum anda memulakannya. Untuk setiap kaji selidik, biasanya ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya 1 hingga 2 minggu untuk memproses dan kredit ganjaran anda.

Sentiasa pastikan maklumat talian anda dikemaskinikan.

Sekiranya anda masih menghadapi masalah, sila hantarkan e-mel dengan penerangan ringkas kepada support@voiceout-hub.com.

Anda juga boleh memilih untuk menderma bagi tujuan kebajikan sejurus selepas anda melengkapkan kaji selidik.

Ketahui lebih lanjut di bahagian ganjaran.

5 cara mudah untuk tambah nilai TNG eWallet anda dengan pin tambah nilai yang diterima:

Langkah 1: Buka aplikasi  Touch ‘N Go eWallet App

Langkah 2: Tekan “+Reload eWallet” pada bahagian penjuru atas kiri

Langkah 3: Pilih “TNG eWallet Reload Pin” pada bahagian penjuru bawah kiri

Langkah 4: Masukkan 10 digit pin tambah nilai TNG eWallet yang anda terima daripada Voice Out!

Langkah 5: Tekan “Submit”

5 langkah mudah untuk menderma ke Hati.my:

Langkah 1. Log masuk ke papan pemuka peribadi anda.

Langkah 2. Skrol turun ke bahagian ‘Withdrawal Request’.

Langkah 3. Isikan jumlah yang anda ingin dermakan dan pilih ‘Donations to Hati’.

Langkah 4. Klik pada ‘Withdraw’

Langkah 5. Untuk sumbangan melebihi RM 50, anda boleh memohon resit pengecualian cukai untuk Hati. Sila e-mel kepada support@voiceout-hub.com butiran berikut yang terkandung di dalam resit (nama penuh anda, No KP, alamat rumah, nombor telefon bimbit dan jumlah sumbangan).

CONTACT & SUPPORT

Di bahagian atas halaman utama, klik “Log masuk” dan dalam kotak yang sama, anda juga ada “Lupa Kata Laluan?” di bahagian bawah kanan. Anda akan diminta memberikan alamat e-mel yang dikaitkan dengan Voice Out! akaun untuk menerima kata laluan baru yang dijana automatik.

Penting: Untuk keselamatan, sila pastikan kata laluan yang digunakan untuk Voice Out! Akaun mesti unik. Kata Laluan untuk Voice Out! hanya untuk Voice Out! sahaja dan tidak boleh digunakan semula di laman / akaun lain. Kami nasihatkan bahawa anda mengingat kata laluan anda dan menukar kata laluan anda dengan kerap.

Untuk pertanyaan lain mengenai kaji selidik, maklumat akaun atau perkara lain, klik sini untuk berhubung dengan kami atau email kami di support@voiceout-hub.com .

Facebook
Facebook
Instagram