POLISI PRIVASI

https://voiceout-hub.com (‘laman sesawang’) dimiliki dan dikendalikan oleh Stratos Consulting Group Sdn Bhd (‘Voice Out!’, ‘kami’, atau ‘kita’ yang berkenaan).

Ikrar Privasi Kami

Apabila anda menyertai kami sebagai ahli, privasi anda terjamin.

  • Kami tidak akan memberikan apa-apa maklumat peribadi ahli panel kami kepada sesiapa tanpa pengetahuan anda (seperti yang diterangkan di dalam polisi ini), kecuali dalam keadaan yang jarang berlaku yang diperlukan oleh undang-undang. Ini termasuk nama, alamat, nombor telefon dan alamat e-mel anda.
  • Kami tidak akan menjual apa-apa kepada anda – ianya bukanlah perniagaan kami. Kami tidak akan menjual nama anda kepada pihak lain yang mungkin mahu menjual anda sesuatu produk.
  • Kadang kala, kami mungkin akan menghubungi anda bagi menjemput anda untuk kaji selidik di luar talian kami dan membuat pengesahan. Kami tidak akan sama sekali menyalahgunakan kedudukkan kami atau atas apa yang kami sedang lakukan.
  • Pandangan individu anda terhadap kaji selidik yang dilakukan juga akan dirahsiakan dan tidak akan dikaitkan dengan maklumat pengenalan peribadi anda.
  • Keputusan anda mengenai penyertaan di dalam kaji selidik, pandangan terhadap soalan khusus atau penarikkan diri dari menyertai kaji selidik akan dihormati tanpa sebarang persoalan.

1. Maklumat yang dikumpul di dalam laman sesawang ini

Laman sesawang ini menyediakan responden peluang untuk menyatakan pendapat dan sikap mengenai  sesuatu isu terkini. Kami menjalankan kaji selidik melibatkan individu dari seluruh dunia dan kami menjumlahkan dan merumuskan kajian (melucutkan maklumat peribadi yang boleh dikenalpasti) sebelum menghantar hasil kajian kepada pelanggan kami. Di samping itu, sesetengah dapatan kajian mungkin akan diterbitkan di dalam laman sesawang kami (dalam bentuk anonymous) supaya responden kami boleh menjadi antara yang terawal mendengar tentang kebimbangan dan minat orang ramai di seluruh dunia.

Apabila anda mendaftar sebagai ahli panel interaktif, kami akan mengumpul maklumat peribadi seperti yang berikut: nama anda, alamat surat-menyurat, alamat e-mel dan nombor telefon.

Voice Out! akan menggunakan nama dan alamat e-mel anda untuk memaklumkan tentang peluang untuk menyertai kaji selidik, menyampaikan berita terkini, memaklumkan anda status ganjaran/ sumbangan dan juga menjawab sebarang isu anda dengan panelis. Kami juga menghantar jemputan kaji selidik dan e-mel kepada ahli panel beberapa kali setahun untuk menyampaikan maklumat yang menarik dan untuk menyatakan penghargaan kami atas penyertaan mereka.

Voice Out! menggunakan alamat surat menyurat sebagai kelayakan untuk kaji selidik tertentu serta untuk mengirim baucer hadiah kepada ahli yang telah melengkapkan kaji selidik.

Voice Out! menggunakan nombor telefon untuk menghubungi dan menjemput ahli panel kami untuk kaji selidik di luar talian dan telefon, menjawab soalan atau menyatakan sebarang kebimbangan. Pada masa-masa yang jarang berlaku, kami akan menghubungi dan WhatsApp ahli panel kami untuk mengesahkan pandangan kaji selidik. Jika ahli telah bersetuju untuk mengambil bahagian dalam temubual di luar talian (termasuk temubual di dalam telefon), kami akan menggunakan nombor telefon yang telah dipersetujui oleh ahli untuk panggilan dan WhatsApp.

2. Maklumat yang dikumpul dalam kaji selidik

Voice Out! dengan kerap meminta ahli panel maklumat demografi (seperti umur, jantina, etnik, pendapatan dan komposisi isi rumah), keupayaan komputer dan kebolehan mengakses laman sesawang, tingkah laku berbelanja dan hartanah pilihan.

Voice Out! menggunakan maklumat ini untuk memilih kaji selidik yang sesuai untuk ahli panel.

Voice Out! meminta pendapat ahli panel tentang tingkah laku berbelanja mereka, tingkah laku membeli, kepelbagaian barangan dan perkhidmatan dengan meminta mereka melengkapkan kaji selidik melalui e-mel, panggilan telefon, WhatsApp dan temubual secara bersemuka. 

Kebiasaanya, Voice Out! menggabungkan pandangan semua ahli panel dan melaporkan hasil secara keseluruhan (atau kumpulan). Pandangan perseorangan adalah sangat jarang diambilkira, tetapi tidak pernah dikaitkan dengan maklumat pengenalan peribadi.

Voice Out! kadang-kala boleh meminta maklumat pengenalan diri yang lain sebagai sebahagian daripada kaji selidik khusus. Dalam kes ini, kami akan memberi penjelasan didalam e-mel jemputan untuk membolehkan ahli untuk membuat keputusan mengenai penyertaan. Penjelasan ini adalah termasuk penerangan tentang apa-apa maklumat pengenalan terbaru yang akan dikumpulkan melalui kaji selidik dan dengan siapa ia akan dikongsi. Seperti mana-mana kaji selidik, ahli boleh menolak daripada menyertai kaji selidik atau berhenti pada bila-bila masa semasa proses kaji selidik. Seperti semua maklumat lain yang kami kumpulkan, sebarang maklumat tambahan yang dikumpul untuk kaji selidik tertentu hanya akan digunakan untuk tujuan kajian semata-mata.

Voice Out! juga secara automatik mengumpul maklumat melalui fail log, cookies dan teknologi lain di laman web kami untuk mentadbir laman sesawang dan untuk membantu penyelesaiaan masalah teknikal. Maklumat fail log yang dikumpulkan adalah alamat IP, masa halaman dilayari, nama halaman dilayari di dalam laman sesawang Voice Out! semasa layaran khusus, jenis pelayar, parameter URL dan cookies yang telah ditetapkan oleh laman sesawang Voice Out! pada waktu layaran. Fail log juga mungkin mengandungi maklumat yang menyatakan dari mana pelayar datang. Maklumat ini hanya digunakan untuk mentadbir laman sesawang dan untuk mengenalpasti dan menyelesaikan apa-apa masalah teknikal berkaitan dengan operasi laman sesawang. Maklumat fail log tidak pernah dikaitkan dengan maklumat pengenalan peribadi.

Cookies adalah fail teks kecil yang disimpan di komputer oleh sebuah laman web yang memberikan angka ID pengguna dan menyimpan maklumat tertentu mengenai penyemakan dalam talian seseorang. Voice Out! boleh menggunakan cookies untuk membantu kami untuk meningkatkan pengalaman panel dengan lebih baik dan menyediakan fungsi kawalan dan pengesahan yang berkualiti. Tiada maklumat peribadi disimpan pada mana-mana cookies yang Voice Out! gunakan.

Sesetengah cookies yang kami mungkin gunakan di platform kami diperlukan untuk mengenal pasti dan mengesahkan panelis dan mereka melindungi akses kepada profil dan maklumat akaun panelist. Pengaturan privasi pelayar panelis harus dikonfigurasi untuk membolehkan cookies dari support@voiceout.com atau panelis tidak akan dapat mendaftar di panel atau mengakses Voice Out! Portal. Panellists boleh menyesuaikan tetapan privasi penyemak imbas mereka untuk memadamkan cookies apabila keluar dari laman web atau ketika mereka menutup penyemak imbas mereka.

Sesetengah tapak rakan kongsi Voice Out! mungkin menggunakan Flash Local Shared Objects (LSO), juga dikenali sebagai “Cookies Flash”, untuk menyimpan pilihan panelist, untuk memaparkan kandungan berdasarkan pandangan panelist, mempersonalisasikan lawatan mereka, atau menjejaki tingkah laku mereka dan aktiviti mereka merentasi seluruh lawatan ke laman web ini. Dalam keadaan ini, Cookies Flash hanya digunakan untuk tujuan penyelidikan sahaja.

Cookies Flash berbeza daripada cookies penyemak imbas kerana jumlah dan jenis data yang disimpan dan bagaimana data disimpan. Alat pengurusan cookie yang disediakan oleh penyemak imbas atau aplikasi anti-spyware tidak akan mengeluarkan Cookies Flash, dan juga mod ‘Pelayaran Peribadi’ tidak menghalang penempatan mereka pada komputer.

Panelis boleh mengurus tetapan privasi dan penyimpanan untuk Cookies Flash atau melumpuhkan penggunaannya sepenuhnya dengan melawati laman web Macromedia, pembuat Flash Player, di pautan berikut:  Adobe – Flash Player: Settings Manager

Dengan mendaftar di laman sesawang ini, anda adalah bersetuju untuk menerima e-mel daripada kami, seperti peringatan dan jemputan kaji selidik yang lain, jawapan kepada pertanyaan yang telah anda hantar di laman sesawang dan pertanyaan berkenaan status sebagai ahli Voice Out!. Sekiranya kami mengirim anda jemputan kaji selidik atau peringatan melalui e-mel, kami akan sentiasa memberi peluang untuk anda tidak menerima e-mel pada masa akan datang dengan mengikuti arahan “menghentikan langganan” di bahagian bawah e-mel.

3. Bagaimana kami menggunakan maklumat yang anda berikan

Jika anda telah mendaftar di laman sesawang atau mendaftar di mana-mana majlis yang dianjurkan oleh Voice Out! dan mengisi borang pendaftaran, kami akan menggunakan maklumat yang anda berikan kepada kami terutamanya untuk menghubungi anda tentang kaji selidik yang mana kami ingin anda ambil bahagian, atau untuk memberi anda hasil kaji selidik. Kami juga boleh menggunakan maklumat peribadi anda untuk:

  • Menghantar wang tunai, kad hadiah, baucer, e-baucer, melalui e-mel untuk mendaftar atau merujuk orang lain yang mendaftar;
  • Memaklumkan kepada anda tentang majlis amal yang telah anda sertai atau ingin menyertai;
  • Memaklumkan kepada anda tentang ciri baru pada laman sesawang kami, produk lain, acara, aktiviti atau perkhidmatan lain yang mana kami fikir mungkin anda berminat;
  • Mengemaskini pangkalan data dalaman kami tentang individu yang bersedia untuk mengambil bahagian dalam kajian dan kaji selidik;
  • Menentukan manakah individu yang berdaftar dengan Voice Out! harus dijemput untuk mengambil bahgian dalam kaji selidik kami;
  • Memberi anda maklumat tentang insentif maklum balas kajian yang kami pinta;
  • Memproses jawapan anda untuk kaji selidik dan merumuskan hasilnya;
  • Melakukan kajian kaji selidik bagi pihak ketiga;
  • Menghantar pandangan kaji selidik anda kepada pembekal perkhidmatan yang memproses hasil kaji selidik bagi pihak kami dibawah arahan kami;
  • Menyediakan ID yang unik dan tidak boleh dikenalpasti (tidak dikaitkan dengan anda) kepada rakan penyelidikan kami supaya mereka dapat melakukan kaji selidik bagi pihak kami dan melaporkan dapatan kepada kami;
  • Untuk memberi anda maklumat berhubung dengan ganjaran yang diberikan oleh pihak ketiga, termasuk tetapi tidak terhad kepada ganjaran yang diberikan sebagai balasan kepada penyertaan anda dalam kaji selidik;
  • Menghubungi anda melalui e-mel atau mod panggilan yang lain untuk menjemput anda mengambil bahagian di dalam kaji selidik; dan/atau
  • Menjemput anda untuk memasuki undian atau menyertai program insentif lain sebagai ganjaran kerana mengambil bahagian di dalam kaji selidik kami;
  • Mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkenaan; dan memberi maklum balas terhadap pertanyaan anda mengenai Voice Out! atau laman sesawangnya.

4. Komunikasi e-mel daripada Voice Out!

Voice Out! tidak akan mengirim e-mel komersial yng tidak diminta. Walau bagaimanapun, Voice Out! secara sukarela mematuhi peruntukan privasi dan pendedahan utama Akta U.S CAN-SPAM,termasuk:

  • menyediakan pemberi maklumat yang jujur;
  • termasuk alamat fizikal untuk Voice Out! atau ahli gabungan Voice Out! menghantar pesanan e-mel; dan
  • menyediakan kaedah penyingkiran yang jelas dan mudah yang mana dapat dilaksanakan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas permohonan penyinngkiran dibuat.

5. Perlindungan Privasi untuk Kanak-Kanak

Voice Out! komited untuk melindungi privasi dalam talian kanak-kanak dan menggalakkan ibu bapa dan / atau penjaga menghabiskan masa dalam talian dengan anak-anak mereka untuk mengambil bahagian dan memantau aktiviti internet mereka. Voice Out! tidak akan memproses data peribadi kanak-kanak tanpa keizinan ibu bapa dan Voice Out! mematuhi Undang-undang dan Kod yang berkaitan dengan perlindungan privasi kanak-kanak, termasuk tanpa batasan Akta Perlindungan Privasi Dalam Talian Kanak-kanak Amerika Syarikat 1998 (untuk ahli panel AS), Arahan Data Kesatuan Eropah (95/46 / EC) (untuk ahli panel dalam EU) di mana berkaitan dan semua undang-undang khusus antarabangsa dan negara yang relevan.

Untuk penyelidikan dalam talian yang dijalankan di seluruh dunia, Voice Out! mematuhi semua undang-undang khusus antarabangsa dan negara yang berkenaan untuk mendapatkan persetujuan daripada ibu bapa / penjaga bagi penyertaan kanak-kanak dalam penyelidikan tersebut. Ibu bapa atau penjaga digalakkan menghubungi Voice Out! untuk membincangkan maklumat peribadi yang dikumpulkan dari anak atau anak mereka.

6. Keputusan kaji selidik

Voice Out! menjalankan kaji selidik bagi pihak pelanggannya. Pelanggan Voice Out! adalah termasuk perniagaan dari Malaysia, serta organisasi penyelidikan dalam bidang lain yang ingin melakukan kaji selidik warga Malaysia atau lain-lain warganegara di seluruh dunia. Kaji selidik mungkin diprogramkan atau dilakukan oleh pihak ketiga, yang mana mungkin akan mengumpul maklumat kaji selidik (walaupun bukan maklumat pengenalan peribadi anda)

Pelanggan akan menyenaraikan maklumat demografi umum (seperti julat umur, tabiat membeli belah dan berbelanja) individu yang mereka ingin kemukan soalan kaji sellidik. Berdasarkan kehendak pelanggan, Voice Out! akan menghubungi individu yang telah mendaftar di laman sesawang dan menjemput mereka untuk mengambil bahagian dalam kaji selidik atas talian atau di luar talian. Jawapan kepada kaji selidik dikaitkan secara unik, tetapi tidak boleh dikenal pasti secara peribadi nombor ID di dalam pengkalan data Voice Out!

7. Berkongsi maklumat peribadi anda

Voice Out! tidak akan menjadikan apa-apa maklumat peribadi ahli panel kami tersedia kepada mana-mana pihak tanpa pengetahuan anda (seperti di dalam polisi ini), kecuali dalam keadaan yang jarang berlaku yang diperlukan oleh undang-undang. Ini termasuk nama anda, alamat, nombor telefon dan alamat e-mel. Jika Voice Out! memperoleh atau mengasingkan semua atau sebahagian daripada perniagaannya, atau sekiranya berlaku muflis, ia mungkin akan memindahkan aset perniagaannya, termasuk data ahli kaji selidik. Sekiranya berlaku perubahan pemilikan, satu notis akan disiarkan di sini, oleh itu mohon semak polisi ini secara kerap.

Apabila kami membayar anda atas penyertaan anda di dalam kaji selidik, kami memberikan nama, nombor akaun, nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon kepada pihak ketiga seperti institusi kewangan, supaya mereka dapat memproses pembayaran kepada anda. Mereka menggunakan maklumat tersebut hanya untuk tujuan khusus ini.

8. Butiran kami

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan pernyataan ini, sila hubungi kami melalui:

E-mel: support@voiceout-hub.com

Telefon: +603-78034779 / 4773

Alamat surat-menyurat: Stratos Consulting Group Sdn Bhd, A-3A-2, Zenith Corporate Park Kelana Jaya, Jalan SS7/26, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Facebook
YOUTUBE
Instagram