TERMA & SYARAT AM

https://voiceout-hub.com (‘laman sesawang’) dimiliki dan dikendalikan oleh Stratos Consulting Group Sdn Bhd (‘Voice Out!’, ‘kami’ atau ‘kita’ yang berkenaan).

Terma dan Syarat ini (‘Terma’) mengawal penggunaan laman sesawang ini dan apa-apa perintah untuk kandungan atau perkhidmatan yang anda arahkan, khususnya, hak yang anda perolehi untuk menggunakan kandungan atau perkhidmatan tersebut. Dengan menggunakan laman sesawang ini, tanpa mengira sama ada anda telah atau belum mendaftar, anda bersetuju bagi pihak perniagaan anda agar ia terikat dengan Terma ini. Anda harus membacanya dengan teliti untuk memahami liabiliti dan hak perniagaan anda sebelum membuat arahan atau menggunakan laman sesawang ini. Istilah ‘kamu’ atau ‘anda’ dalam Terma ini adalah rujukan kepada individu apabila menggunakan dan mendaftar ke laman sesawang ini. Jika anda tidak mahu terikat dengan Terma ini, anda tidak sepatutnya menggunakan laman sesawang ini.

1. Penerangan Perkhidmatan

Program Voice Out! dikendalikan sebagai panel kaji selidik dan pengkalan data bagi pemasaran untuk individu yang mendaftar secara sukarela di laman sesawang (“Ahli”), dan bersetuju dan mematuhi syarat ini. Ahli diberi ganjaran untuk kesetian dan penyertaan mereka melalui sistem ganjaran dan sumbangan Voice Out!

2. Sistem Voice Out!

Ahli diberikan ganjaran dengan menyertai aktiviti tertentu seperti melengkapkan kaji selidik dan perbincangan berkumpulan serta mengambil bahagian dalam membeli-belah misteri.

Ganjaran Voice Out! boleh ditebus dengan wang tunai, baucer atau kad hadiah (dalam RM pada tahun 2019).

Ganjaran Voice Out! tidak boleh dipindahkan kepada ahli lain.

3. Syarat keahlian

Ahli Voice Out! hendaklah bersetuju untuk menerima pesanan E-mel dari Voice Out!.

Voice Out! berhak untuk menghantar anda pesanan e-mel dari semasa ke semasa dimana anda tidak akan diberikan ganjaran. Pesanan  sedemikian mungkin termasuk kemas kini sistem; buletin; pengumuman pentadbiran; permintaan khas, dan lain-lain, dan boleh dihantar melalui e-mel atau pos biasa.Sebagai syarat keahlian anda, anda mewakili dan menjamin bahawa: 

  • Anda berumur sekurang-kurangnya 14 tahun; Bagi individu dibawah umur 14 tahun, anda perlu memberikan butiran keluarga atau penjaga anda. Kami akan menghubungi keluarga/penjaga anda untuk mendapatkan kebenaran mereka untuk anda menyertai kami.
  • Anda adalah penduduk tetap Malaysia.
  • Semua maklumat yang diberikan oleh anda adalah lengkap, betul dan tepat.
  • Anda boleh mendaftar akaun di laman sesawang kami dengan melengkapkan dan menyerahkan borang pendaftaran di laman sesawang kami. Anda dianggap sebagai pengguna yang aktif apabila anda menyerahkan borang pendaftaran dan melengkapkan kaji selidik selamat datang daripada Voice Out!.
  • Anda memahami dan bersetuju bahawa jika akaun anda ditamatkan kerana melanggar perjanjian, apa-apa ganjaran terkumpul Voice Out! anda dan baki tertunggak dalam akaun anda akan dilupuskan. Tafsiran apa yang menjadi pelanggaran perjanjian ini adalah mengikut budi bicara mutlak Voice Out!.
  • Anda bersetuju bahawa tiada faedah yang akan diperolehi keatas baki tunai.
  • Anda memahami dan bersetuju bahawa Voice Out! tidak akan bertanggungjawab keatas anda atau mana-mana badan keatas apa-apa cukai atau kehilangan apa-apa faedah hasil daripada mendapat ganjaran Voice Out!.
  • Anda tidak boleh mempunyai lebih daripada satu akaun Voice Out! dan memahami bahawa had 3 keahlian terpakai untuk setiap satu alamat e-mel. Jika lebih dari satu akaun didaftarkan keatas satu alamat e-mel, pemegang akaun tersebut boleh diminta oleh laman sesawang untuk membuktikan identiti dan butiran alamat e-mel mereka.

Akaun boleh digantung sehingga pengenalan tersebut diterima dan disahkan oleh laman sesawang:

  • Anda hendaklah memaklumkan kepada Voice Out! sebarang perubahan keatas butiran peribadi anda, termasuk alamat e-mel dan alamat rumah. Maklumat untuk dihubungi dan pilihan hendahlah dikemaskini sebaik sahaja anda mendaftar masuk kedalam laman sesawang. Ganjaran akan dibuat keatas anda dan akan dihantar ke alamat seperti yang dinyatakan di dalam akaun anda. Ganjaran tidak boleh dipindah milik kepada individu lain.
  • Anda tidak akan mengirim e-mel yang tidak diminta (SPAM) kepada orang yang tidak dikenali untuk mempromosikan perkhidmatan Voice Out!
  • Anda tidak akan memaparkan bahan yang mengandungi atau menggalakkan perbuatan yang tidak senonoh, memfitnah, mengancam, menyerang atau menyalahi undang-undang atau sebaliknya membawa laman sesawang kearah yang buruk.
  • Anda akan menyimpan butiran nama pengguna dan kata laluan akaun anda dengan selamat dan tidak akan membenarkan individu lain mengakses akaun anda. Sekiranya anda mengesyaki kebocoran maklumat keselamatan anda akan segera memaklumkan kepada Voice Out!.
  • Anda tidak akan menggunakan apa-apa cara automatik termasuk skrip, spiders, robot, bots, crawlers atau

Voice Out! boleh menolak mana-mana permohonan ahli baru daripada mana-mana individu dengan atau tanpa sebab atas budi bicaranya sendiri. Voice Out! berhak untuk menamatkan akaun ahli sekiranya ahli memberi maklumat yang palsu atau mengelirukan atau melanggar syarat ini.

4. Dasar privasi

Perlindungan privasi anda adalah penting untuk Voice Out!  Klik pada pautan Dasar Privasi kami untuk maklumat mengenai pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat yang diberikan kepada kami oleh ahli.

5. Hak harta intelek

Semua hak ke atas laman sesawang adalah hak milik Voice Out! Nama, logo, ikon, dan grafik yang digunakan di dalam laman sesawang yang dikenal pasti produk atau perkhidmatan Voice Out! dan apa-apa kandungan lain di laman sesawang yang terdiri daripada kerja yang boleh dilindungi oleh hak harta intelek adalah harta Voice Out! Semua tanda dagang dan/atau hak cipta lain yang terdapat di laman sesawang adalah kepunyaan pemilik berkenaan.

Kandungan laman sesawang ini bertujuan untuk kegunaan peribadi, bukan untuk kegunaan komersil anggotanya. Mana-mana pengubahsuaian, jualan, pelesenan, pengeluaran, muat turun, penyebaran, paparan, pengedaran, penerbitan, penyuntingan atau lain-lain penggunaan kandungan sedemikian, tanpa persetujuan bertulis terlebih dahulu daripada Voice Out!, adalah dilarang sama sekali.

Anda tidak dibenarkan:

  • menggunakan laman sesawang kami dalam apa cara sekalipun atau mengambil sebarang tindakan yang menyebabkan, atau boleh menyebabkan, kerosakkan ke atas laman sesawang atau kemerosotan prestasi, ketersedia atau kebolehcapain laman sesawang.
  • menggunakan laman sesawang kami dengan cara yang menyalahi undang-undang, secara haram, penipuan atau berbahaya, atau berkaitan dengan apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang, secara haram, penipuan atau berbahaya.
  • menggunakan laman sesawang kami untuk menyalin, menyimpan, menyiarkan, menyebar, menghantar, menggunakan, menerbit atau mengedar apa-apa bahan yang mengandungi (atau dikaitkan dengan) sebarang perisian pengintip, virus komputer, Trojan horse, cacing, keystroke logger, rootkit atau perisian komputer yang berbahaya.
  • dengan cara apapun, berkongsi atau menggunakan kembali gambar/video/audio/apa-apa bahan yang ditunjukkan di dalam kaji selidik dengan pihak ketiga.
  • menggunakan data yang dikumpulkan dari laman sesawang kami untuk menghubungi individu, syarikat atau individu lain atau entiti.

Anda mesti memastikan bahawa semua maklumat yang anda berikan kepada kami melalui laman sesawang ini, atau berhubung dengan laman sesawang ini, adalah benar, tepat, terkini, lengkap dan tidak mengelirukan.

6. Butiran kami

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan pernyataan ini, sila hubungi kami melalui:

E-mel: support@voiceout-hub.com

Telefon: +603-78034779 / 4773

Alamat surat-menyurat: Stratos Consulting Group Sdn Bhd, A-3A-2, Zenith Corporate Park Kelana Jaya, Jalan SS7/26, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

7. Tarikh kuat kuasa

Terma ini berkuatkuasa mulai 1 April 2019.

 

Facebook
Facebook
Instagram